Webiner NADI x Cybersecurity
24 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2024, beberapa orang pelajar yang merupakan ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Cybersecurity yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan penggunaan alam siber.
Dalam sesi webinar ini, speaker iaitu En. Izzat Hamizan telah memberi penerangan mengenai bentuk hacker, cara hacker boleh mengakses telefon, serangan yang paling kerap berlaku, bagaimana serangan malware berlaku dan jenis serangan virus yang mudah berlaku. Selain itu, beliau juga turut menjelaskan tentang jenis phising yang kerap digunakan oleh hacker, penggunaan aplikasi ChatGPT untuk menterjemah teks ke Bahasa yang dikehendaki oleh pengguna, kelemahan sistem yang tidak dikemaskini dan cara untuk menyemak kekuatan password pengguna.
Di samping itu, En. Izzat turut menjelaskan mengenai palku serangan siber seperti penggodam tajaan negara, penggodam topi hitam, hacktivist, scammer dan lain-lain lagi. Beliau menegaskan bahawa pengguna media seharusnya memasang software yang dapat menapis serangan malware di peralatan elektronik masing-masing untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penggodaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: